search..

Follower@cinta

Isnin, 20 Oktober 2008

Luahan Hatiku.....

Hari ini sekali lagi hatiku tersentak apabila istana cinta yang dibina bersama musnah sedang aku memerlukannya..Adakah bunga yang kuharapkan ini menagih Cinta dan Kasih pada kumbang yang lain yang setaraf dengan ku... Perkenalan+percintaan yg baru menjangkau usia 4tahun lenyap begitu saja.. Sekali lagi ujian Tuhan yg menduga sejauh mana keimanan aku, sejauh mana rasa kerdilnya aku dengan setiap qada' dan qadar Nya.. berjanji, sumpah setia sehidup semati hanya lakaran bayangan semata-mata..aku tetap pasrah dengan setiap dugaan ini..

Kini baru lah ku tahu bahawa mencintai seseorang tidak semestinya kita milikinya.. Mungkin inilah balasan Tuhan kepada hambanya yang tidak bersyukur dengan apa yang dikurniakan dulu.. Sesungguhnya hanya Allah yang tahu betapa kecewanya aku disaat aku berazam untuk setia pada cinta yang 1.. Tuhan maha pengasih mengabulkan doa ku dengan mengurniakan cinta yg dianggap sejati.. Tapi semua tu hanya untuk beberapa seketika sahaja. Sungguhpun aku bersalah kenapa jalan perpisahan yang dia pilih untuk lari dari masalah tanpa memperbetulkan keadaan..mana nilai cinta yang diagongkan selama ini.. kenapa perlu aku di tinggalkan disaat aku memerlukan tempat untuk bermanja, bergurau-senda dan tempat mengadu... Tidak pernah lahir dari Hati untuk berpisah dari Cinta ini... Hanya Allah S.W.T dapat membimbing aku untuk teruskan kehidupan ini..

Aku bersyukur, Allah masih sayangkan aku, dikurniakan rezki yang melimpah ruah, dikurniakan seorang kakak yang betul-betul ambil berat tentang diriku ini walaupun hanya anak angkat kepada mak aku.. Seterusnya aku dikurniakan Adik-adik dan kakak-kakak yang sentiasa membuatkan aku ceria dengan telatah mereka.. Mungkin semua ini sebagai ganti kepada Cinta ku itu.. Allah maha adil..mungkin Dia pisahkan aku dikurniakan kakak2 dan adik2 yg rapat dengan aku..baru lah aku sedar yang aku masih diterima..

Mungkin ini lah Platform bagi aku bertaqwa dan mendekatkan diri denganNya.. Akan aku terus berdoa mengharapkan keredaan dan keampunan serta memanjatkan syukur kehadrat Ilahi.. Semoga ditetapkan iman keatasku dan dipermudahkan setiap apa yang aku lakukan dan setiap keputusan yang ingin aku jalankan.. Hanya Allah tempat aku mengadu.. Betul cakap orang "kalo ade masalah baru cari Tuhan"... bagi aku kita kena kembali dengan Fitrah kejadian kita dan alam ini..hanya Dia tempat aku mengadu..

Kini aku hidup sendiri.. Tanpa kekasih hati, tanpa mesej2 manja, tanpa teman dikala sunyi dan tanpa kata2 cinta.. Aku manusia biasa..Lemah dengan setiap kengan silam..kadang kala aku rasa cemburu melihat pasangan kekasih yang sedang berkasih sayang.. Tapi aku cekalkan hati dan sabar dan trus sabar...Setiap masa Doaku panjatkan moga ditenangkan hati dan dikuatkan kesabaranku... Bercinta??? mungkin terlalu awal untuk aku ramalkan keadaan hatiku ini..tiada tepat untuk aku mencintai dan menerima cinta selainnya...

Dulu..berjanji sumpah setia..kini janji hanya tinggal janji..bagaikan tin kosong tidak berisi.. Aku tidak akan membenci kaum wanita..Sesungguhnya Lelaki dan wanita dijadikan berpasang pasangan..aku tetap berpegang pada fitrah yang yang dikurniakan untuk mereka berkasih kasihan....

Perkataan "Persahabatan boleh berakhir dengan cinta, Cinta tidak boleh berakhir dengan persahabatan" dusta semata-mata.. mungkin perlukan masa untuk bersendirian, tapi bukan sifat aku untuk bermusuh dengan sesiapa sahaja.. Semua Orang boleh melafas Cinta, tetapi sejauh mana penghayatan cinta itu sendiri?? Tepuk dada tanya Hati.. Tidak semudah untuk "Cinta" dilafaskan..Tidak mudah untuk cinta ditukar ganti.. Tidak mudah untuk cinta dinilai seseorang..Orang yang betul-betul menghayati nilai cinta akan sentiasa menjaga hubungan tersebut..walaupun terdapat pergolakan dan masalah ia tetap ingin mencari jalan terbaik untuk melindungi cinta... Sebesar mana kesalahan dan kesilapan dalam hubungan, ia tetap memperbetulkan dan memelihara cinta.. Itu lah namanya cinta sejati..

Ketika diri ku rebah.. ketika diriku lemah..ketika diriku bersendirian...kakak ar yang papah aku..dia lah yang bangkitkan aku dari lena yang panjang dia lah yang sedarkan aku bahawa cinta bukan lah segalanya..Jangan memperhambakan cinta... aku bangun dengan izin Ilahi..berkat Doa,aku boleh terima hakikat qada' dan qadar Mu Ilahi... Hanya Allah sahaja yang tahu betapa putus asanya aku... Alhamdulillah Tuhan masih lindungi aku..

Aku tetap doakan kebahagiaan Dia dengan pilihannya.. mungkin pergolakan dalaman cintanya dulu, boleh berubah cinta serta merta..Sungguh hebat permainan cintanya.. Semoga Cinta mereka kekal bukan sahaja didunia,bahkan diakhirat jua..InsyaAllah... Biar lah aku berehat sekian waktu untuk aku pulihkan kembali hati yang terguris ini..Soal cinta, biar lah masa yang tentukan...

Sungguhpun aku banyak menyakiti dan berdosa sepanjang perkenalan dan percintaan dulu,hanya kemaafan ku pinta..

Sejakku terkenang hakikat percintaan,bukan semudah yang disangka.. Inilah cinta yang betul-betul mengajar aku.... Alhamdulillah..aku terima dengan fikiran yang waras dengan Hati yang ikhlas.. Sesungguhnya melepaskan mu adalah satu pengorbanan cinta dariku... mungkin tiada lagi cinta..sehingga lah aku temui serikandi yang benar-benar mengargai cinta.. sesungguhnya jodoh pertemuan ditangan tuhan..

Biar lah percintaan ini menjadi satu igauan, suatu mimpi yang terindah dan suatu mimpi yang paling buruk dalam hidupku..Hanya Allah dapat membimbing aku..

Kepada pembaca blog... jika anda mengalami situasi perpisahan, jgn sombong dengan Tuhan.. Mengadulah penderitaan anda kepada Allah.. Sesungguhnya hanya Dia yang tahu segalanya.. Cerita ini hanya untuk pedoman bersama..yang baik semua datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk lagi hina semestinya datang dari aku....teratak indah...


-anas-






Gratisan Musik

Tiada ulasan:

Create your own banner at mybannermaker.com!