search..

Follower@cinta

Selasa, 1 Jun 2010

Tunang

Assalamualaikum semua warga blogger sekalian... percintaan yang bermula dengan perkenalan bagi mendapatkan keserasian sesama pasangan menjangkau langkah kedua selepasnya ialah tali pertunangan.. Teratakindah ingin memberi pendapat melalui menilaian dan kajian teratakindah selama ini..

Ramai dikalangan kita yang melayari bahtera percintaan inginkan sesuatu yang lebih hampir sebelum menuju ke gerbang perkahwinan iaitu pertunangan yang indah. Pertunangan membawa maksud ikatan persetujuan antara kedua belak pihak..baik perempuan ataupun lelaki. pertunangan juga menjadi kayu pengukur kepada keserasian sewaktu bercinta.

Ramai yang beranggapan bertunang adalah suatu situasi yang bahaya..kerana mereka menganggap banyak dugaan akan tiba semasa ikatan pertunangan. Sebenarnya itu semua bergantung kepada mentality pasangan itu sendiri. Bila mempunyai ikatan pertunangan jiwa semakin sensitif.

Lebih menyedihkan lagi bila berlakunya tindakan diluar batasan akibat sifat cemburu..kaum lelaki dengan sifat panas barannya..wanita dengan sifat cemburu butanya..seorang angin barat seorang angin timur..bila berlanggar puting beliung jadinya..mengapa ini berlaku? Melalui pemerhatian teratakindah, ia berpunca dari sensitivity pasangan itu sendiri...

Teratakindah ingin berkongsi Tips sebagai panduan kepada anda yang bakal bertunang atau sudah bertunang..

1. Percaya
Sebelum bercinta berjanji setia dan percaya dengan cinta..bila bertunang kenapa kepercayaan itu terpadam..Percaya itu la yang menentukan langkah pelayaran anda. Jika berlaku syak wasangka. harusnya selidik terlebih dahulu.

2. Jujur
Dalam konteks kejujuran ini, setiap pasangan harusnya memberi tahu setiap gerak geri anda..contohnya jika hendak keluar dan ingin berjumpa seseorang, Beri tahu dengan sejujurnya.. Sebaik-baiknya bawak lah sekali tunang anda itu..ia akan lebih berasa dihargaai. Jangan la nak buang air besor pun nak bitau!

3. Berdoa
Setiap manusia tidak terlepas dari pegangan agama masing2 yang menjadi tonggak kehidupan..minta pada yang maha esa agar kukuhkan percintaan yang akhirnya ke pelamin yang diangankan..

4. Rapat dengan keluarga bakal mertua
Pasangan akan berasa selesa dengan hubungan juka direstui orang tua.. pastikan sewaktu tali pertunangan ini menjadi medan suai kenal antara kita sesama mertua. ia penting bagi meyakinkan pihak bakal mertua tentang niat ikhlasnya.

5. Batas
Dinasihatkan kepada pasangan yang bertunang, perbataskan lah langkah anda bersama rakan-rakan..jiwa manusia tidak semuanya sama..jagalah hati tunang anda.biar la luangkan masa bersama sebelum menantikan hari-hari bahagia..

6. Perbincangan
Dalam dunia ini tidak ada sesiapa yang sempurna.Jadi luangkan masa berbincang bersama tunang anda, mungkin soal persediaan perkahwinan.. Ketepikan sifat mementingkan diri sendiri..Dengan perbincangan tiada hati yang terluka. Tidak kira lah apa jua masalah, bincanglah dengan pasanganmu..Bukan niat ingin bebankan, tetapi ingin meluahkan kepada orang yang paling dipercayai..dengan ini si dia lebih terasa dihargai.

7. Control
Hah ini fenomina yang sering berlaku terhadap pasangan yang bertunang.. Bila mempunyai ikatan pertunangan, tiada hak mengawal pasangan anda 100% melainkan hal2 yang patut dihalang.. Ramai dikalangan orang yang bertunang mengambil kesempatan atas tiket "bertunang" untuk mengawal pasanagan mereka..jangan jadikan tunang anda "remote control".

8. Bertanggungjawab
Ketika bercinta lazimnya menletakkan sifat tanggungjawab dan sifat mengambil berat dilavel yang pertama..Tetapi bila bergelar pasanagan bertunang, adakah prinsip ini dikekalkan? atau bertambah? atau berkurang? tepuk dada tanya selera.. Jadilah title "bertunang" ini suatu medium latihan sifat yang lebih kepada kebajikan pasangan anda.

9. Romantik
Kekalkan romantik anda sama seperti sewaktu bercinta.

10. Positif
Pemikiran positif adalah pemikiran yang matang. Meletakkan masalah ditempat yang positif akan selamaykan hubungan pertunangan anda. Haruslah anda berfikir positif sebelum benar-benar terdapat bukti yang kuat.

Sabtu, 29 Mei 2010

Apa yang perlu lelaki tahu tentang pasangan..

Assalamualaikum semua blogger... hmm kali nie teratakindah nak membawa anda ke versi lelaki plak..hanya untuk kaum adam jer.. heheee...ok la sebagai seorang suami@kekasih kita bukan sahaja memikul tanggungjawab melindungi kaum hawa sahaja... sebagaimana yang diketahui kaum wanita nie suka dirinya dihargai lebih dari segalanya kerana wanita dicipta dengan penuh nilai kasih sayang yang perlu bagi kaum adam tahu.. langkah-langkah tersebut khas untuk anda bernama lalaki....

1. Tarikh penting..
haah bila cakap pasal hari-hari penting, terlintas dikotak fikiran kita ialah "anniversary" ataupun ulang tahun percintaan.. jangan fikir anda mengingati tarikh anniversary memadai, sebaliknya ingatlah tarikh2 penting yang lain seperti waktu solat, tarikh temu janji doktor, tarikh 'datang bulan' dan lain-lain..jika anda seorang yang bertanggungjawab, anda perlu tahu tarikh2 tersebut.

2. Makanan Kegemaran
ingat makanan kegemaran pasangan anda.. Setiap kali keluar makan, pastikan anda ingat menu kegemarannya...tips nya sewaktu anda n pasangan belek2 menu pastikan anda memberi cadangan menu kesukaannya kepada kekasih anda tu...jangan biarkan dia bertanya "nak makan ape?"

3. Jenis make-up
Ingat jenis2 make-up yang dipakainya..memadai la 2,3 produk sahaja yang anda ingat..kerana ia mungkin boleh dibuat surprise jika salah satu kosmetiknya tertinggal dirumah...faham2 je la dalam hand bag org pompuan nie memacam ade...

4. Hadiah
Pastikan setiap kali anda ke outstation atau bercuti berseorangan, anda memberi buah tangan khas untuk isteri@kekasih dan kepada maknya..kerana ia akan lebih terasa dihargai dan lebih kukuh penerimaan anda terhadap familynya, ia akan bangga dapat anda sebagai pasangan.

5. Rokok
Teratakindah menasihatkan anda sebagai perokok jangan merokok atau membeli rokok atau menunjukkan kotak rokok semasa dating!!!!!!!!!!! wanita inginkan pasangan yang sihat..kalau pasangan mereka perokok, ia mesti risau, takut jadi janda awal..faham2 je laaaaa...

6. Ungkapan cinta
Wanita terlalu suka akan ungkapan cinta setiap kali bagun dari tidur, sebelum tidur, sebelum pergi kerja dan selepas balik kerja... ringankan bibir anda untuk menggungkap kata2 cinta kepada yang tersayang....

7. Masa
Semua tahu yang kaum wanita nie lambat seba serbi...contohnya mandi, make-up dan pakai baju..bukan main lama!!! kita sebagai suami@pasangan MESTI bersabar!!! jangan paksanya untuk cepat..kerana ia akan hilangkan manis dalam percintaan pada ketika itu..dengan maksud lain 'ilang mood'...

8. Romantik
haahh!!! ini la yang paling penting antara yang terpenting..ROMANTIK.. romantik bukan la macam cite titanic tuuu... bahaye!! perkasakan adat ketimuran kita nie..hehe pandai pulak teratakindah nasihat ye... Cara yang paling sesuai ialah hadiahkan sekuntuk mawar merah dan ungkapkan kata cinta..kerana mawar merah melambangkan cinta yang membara..kalau ia merajuk, hadiahkannya mawar pink....pastikan sulami dengan kata-kata cinta...

9. Sakit
Untuk pengetahuan kaum adam, wanita juga mempunyai egonya tersendiri..antaranya ialah sembunyikan penyakit..pastikan anda peka dengan tahap kesihatan si dia..jika sidia demam, jangan "bertanya ingin ke klinik x?"..kerana wanita tidak suka soalan tersebut..sebaliknya pujuk dan heret si dia ke klinik...

10. Pujian
Kebanyakan pasangan yang lama bercinta atau lama berumah tangga jarang sekali memuji pasangan masing-masing...hidupkan kembali bara cinta seperti baru bercinta dahulu..pujilah kecantikannya dan kesetiaannya terhadap cinta anda dengan seikhlasnya..


haahh ni lah sebahagian khas untuk kaum adam...nak lagi??? hah boleh la cari kat blog atau web site lain..sebab ilmu takkan habis didunia..cari la ia untuk kebaikan anda dan kebaikan semua...semoga cinta anda menjadi kisah cinta teragung hasil dari anda sendiri.... good luck!

Rabu, 26 Mei 2010

Cinta dan Air mata

Assalamualaikum semua blogger...pertama sekali teratakindah mengucapkan ribuan penghargaan kerana menjadi follower cinta@teratakindah... hampir 2tahun teratakindah bertapak di dunia blogger tetap menjadikan blog medium alternatif yg diterima umum walaupun persaingan hangat dengan munculnya laman2 sosial seperti facebook, my space dan lain2..

Tajuk kali ini teratakindah ingin menyelami dan berkongsi kepada semua khususnya yang baru putus cinta, putus tunang dan sebagainya.. Bila sebut tentang perpisahan ramai yang membuat sangkaan dan andaian awal samada perempun atau pihak lelaki yang patut dipersalahkan..

Ramai dikalangan kita yang bahagia dengan pasanagn hidup masing dan jangan dilupa masih banyak yang masih menanggung keperitan perpisahan. Wanita lazimnya dikurniakan akal yang sangat beremosi yang diciptakan Tuhan, kebiasaannya mengalami fenomina sedemikian. Lelaki telah dicipta dengan sifat keegoan kebiasaannya dapat menepis setiap permasaalahan (perpisaan) dan mengambil inisiatif pembawakan diri ke medium yang selamat.

Teratakindah ingin berpesan kepada semua terutamanya kaum hawa yang masih dalam dilema perpisahan mengambil inisiatif untuk terus kedepan. berikut adalah tips ringkas tangani masalah perpisahan...

1. Perbayakan Solat Sunat (beragama Islam)
2. Simpan segala kenangan bersama ex-boy or ex-girl
3. Delete No Phone ex-boy @ ex-girl ataupun tukar je nombor fon baru
4. Sibukkan diri dengan tugasan harian.
5. Bayakan Berdoa
6. Sentiasa fikirkan positif
7. bersukan (main bowling dapat hilangkan stress)
8. keluar bersama rakan-rakan... elak dari keluar ketempat-tempat yang selalu dikunjungi bersama ex-boy@ex-girl
9. pakai pakaian yang ceria (warna)
10. Pelihara ikan..(melihat ikan berenang adalah langkah terbaik hilangkan stress dan ia ialah suatu senaman yang elok untuk mata)
11. Pilih seorang sahabat yang betul-betul memahami (rakan pendengar setia) supaya masalah ini mudah untuk dikongsi dan mendapatkan semagat baru.
12. Pergi ke tempat-tempat yang penuh dengan air.. contohnya di tepi pantai, air terjun dan tasik.

demikian adalah 12 tips dari teratakindah... kepada mereka yang mempunyai masalah boleh terus berhubung ke blog cinta@teratakindah atau emailkan kepada m.nasri86@yahoo.com.my..

Khamis, 18 Februari 2010

Musafir cinta

Diri ini tidak ubah seperti debu nan kering..ditiup angin beterbangan debu keudara mencari tempat untuk besemadi buat seketika.. Tika diri kosong, hati sentiasa tertanya2 kenapa ia kosong.. bila hati dipenuhi perasaan cinta hati pula bertanya kenapa ada cinta didlmnya.. Cinta bagaikan musafir. Jauh merentasi masa dihadapan untuk mengenal secebis hati yg bernama cinta. Musafir cinta sentiasa mencari cinta yang tulus untuk bermastautin dan menetap dalam dunia cinta sejati. Musafir Cinta jg sentiasa angankan suatu mahligai bertakhtakan cinta, bertiangkan hati berbumbungkan setia berdindingkan rindu... Langkah demi langkah mengharungi selaut dugaan setinggi harapan seluas cita-cita bagi 1 arah tuju. Musafir cinta sentiasa dahagakan kasih dan sayang mengharap ia akan datang membasahi tekak yg merekah kekeringan diambang kemarau jiwa. Musafir Cinta....

Teratkindah
4.00am (18/02/10)

Rabu, 20 Januari 2010

Apa yang perlu Wanita sedar...

Bila bercakap soal wanita, kita terbayang suatu sifat yang penuh dengan kelembutan dan keprihatinan yang tinggi berbanding lelaki. Sesetengah berpendapat beza wanita berbanding lelaki adalah emosi. Tetapi harus diingat manusia mempunyai perasaan yang sama. Manusia yang tidak berperasaan ialah manusia yang kurang normal.Perasaan ini juga disebut sebagai emosi. Emosi yang tidak terkawal boleh mengundang masalah dalam diri dan orang lain.banyak pendapat mengatakan emosi yang tidak terkawal ini ialah ego.. Apa itu ego? bagaimana ia wujud dalam diri?

Ego adalah suatu sifat semulajadi manusia sejak azali lagi. Perasaan ego yang tidak terkawal menyebabkan baran, stress, dan pentingkan diri sendiri. Dalam perhubungan percintaan lazimnya pasangan yang bercinta sering kali dihantui perasaan ego ini. Emosi yang tidak terkawal boleh merosakkan hubungan tersebut.

Wanita sering menitik beratkan soal penampilan dan kecantikan fizikal. Wanita juga terlampau obses dengan berat badan. Lagi menyedihkan sanggup apa sahaja demi mendapatkan tubuh badan yang diinginkan.Bila emosi tidak dikawal dengan sempurna, ia akan jadi lebih serius dan boleh membawa kepada maut. Fitrah manusia suka dengan pujian tetapi sukar terima kritikan dan kelemahan diri. akhirnya terjerumus dengan tabiat yang tidak sihat seperti mengambil dadah, mengamalkan tabiat makan yg berbahaya dan lain-lain tanpa berfikir soal risiko. Bila emosi memainkan fungsi dalam badan, semua masyarakat sekeliling tidak diendahnya.

Saya tersentak dan terkilan kenapa wanita terlampau obses sehingga sanggup buat apa saja yang boleh memudaratkan diri sendiri. Wanita sebegini harus diberi perhatian. Wanita juga harus sedar dan berfikir soal orang tersayang. Jangan terlampau ikut perasaan sanggup ketepikan orang yang tersayang ataupun keluarga. Hubungan akan menjadi lebih keruh jika tidak ditangani lebih serius lagi.

Emosi adalah permainan manusia.. Jangan biarkan diri dikuasi emosi sebaliknya diri yang kawal emosi. Harus diingat bukan lah semua wanita seperti ini dan bukan lah bermaksud lelaki terlepas dari ego yang tinggi. Kawalan emosi itu penting bagi menjamin keselesaan dalam kehidupan seharian dan dunia percintaan.

Teratakindah
20 jan. 2010

Khamis, 14 Januari 2010

Bahana Cinta Pandang Pertama

Cinta adalah fitrah manusia yang lahir dari hati. Perasaan cinta juga bukan suatu benda yang boleh ditukarganti seperti baju..ataupun dimodified seperti aksesori kereta. Cinta merangkumi keseluruhan jiwa seorang manusia yang normal. Ingin merasakan nilai cinta itu, perlulah ia di pupuk supaya dapat merealisasikan nilai jiwa selari dengan kehendak manusia.

Ramai orang mengejar cinta, tetapi sejauh mana pengertian cinta itu sendiri? Perasaan cinta pandang pertama bukan lah nilai cinta yang agung. Cinta pandang pertama ini lebih kepada luaran atau fizikal semata-mata. percayalah 90% pencinta cinta pandang pertama ini adalah dari luaran semata-mata. Cinta tidak akan datang mudah sebaliknya ia perlu suatu pendekatan hati untuk dipupuk supaya nilai cinta sebenar menjadi realiti.

Cinta pandang pertama juga kebiasaannya bermula dari kaum lelaki. mungkin keanggunan paras wajah sebagai daya penarik kepada sikumbang.. Dalam pemerhatian saya mendapati sebilangan besar percintaan gagal adalah disebabkan oleh tidak mendapat keserasian.. kenapa tidak serasi?? sebab kedua-dua pihak hanya memandang luaran dan terus menjalinkan percintaan tanpa memberi ruang kepada hati untuk menilai. Tidak mustahil percintaan yang agung tercipta disebabkan kesabaran yang tinggi semata-mata untuk mengenali hati dengan lebih dekat dan serasi.

Cinta pandang pertama sebenarnya adalah normal bagi manusia.tetapi harus diingat percintaan hanya berlandaskan pandang pertama adalah sangat bahaya.. Cinta harus dipupuk dan dinilai dari pandang pertama sehinggalah diyakini serasi baru lah mengorak langkah seterusnya mencapai nilai cinta yang sejati.

Percintaan yang mula berputik harus disiram, dibaja dan dijaga dengan penuh keikhlasan hati. Hati yang ikhlas pasti akan mendapat tempat yang terindah dalam dunia percintaan. Cinta tidak perlu tergopoh-gapah untuk declare dalam perhubungan sebaliknya beri peluang untuk hati mengenali dengan lebih dekat lagi. perjalanan cinta yang panjang bermula dengan kepayahan tetapi harus diingat setiap kepayahan itu diiringi dengan usaha dan setiap usaha itu pasti membuah hasil yang berbaloi. Jangan mudah mengalah dengan cinta. Cuba dan pupuk lah nilai cinta itu sendiri. akal diberi untuk memilih dan menilai sejauh mana kedudukan hati untuk bercinta.


Penulis: Teratakindah
11.00pm Khamis
14 january 2010

Khamis, 7 Januari 2010

Cinta semudah A..B..C???

Bila kita cakap soal cinta ramai diantara kita menganggap cinta itu mudah... Apakah perkataan mudah itu lahirnya dari keegoan dalam berkata-kata ataupun ia sememangnya expert dalam cinta?? Consep cinta yang sebenar dapat dihurai dengan merenung kembali sejarah ketamadunan manusia... sebagai contoh percintaan manusia pertama dimuka bumi ini iaitu Adam dan Hawa... Bagaikan Seantero dunia yg terbentang luas begitu la hebatnya cinta mereka... bercinta didalam syurga kemudian ditakdirkan kedunia melebarkan lagi jurang percintaan mereka. jika zaman serba canggih ini manusia teruja dengan lemudahan sms,mms dan sebagainya dan yang terbaru gps yg berfungsi sebagai penunjuk arah tatkala tersesat dipertengahan jalan. Dengan kekuatan cinta mereka dipertemukan kembali sejak sekian lama mencari tanpa menggunakan kemodenan seperti sekarang. itu la cinta sebenar. tidak semudah itu cinta labelkan mudah untuk diterokai dan di selami dengan waras.

Jika disuruh pelajar sekolah rendah membaca ABC, sudah pasti sampai ke huruf yang terakhir die menjawab dengan mudah. Begitu la juga dikalangan orang dewasa yang mengagungkan cinta yang dianggap mahkota terindah itu baginya mudah.

Segelintir kaum lelaki bermegah-megah dengan ayat-ayat manis sehingga terpukau wanita-wanita seolah-olah dirasuk..Itulah senjata utama bagi lelaki. Harus diingat, kaum wanita juga tidak kurang hebatnya dengan hanya mendedahkan senjata-senjata tubuh mereka bagi mengiurkan kaum lelaki. Itu ke Cinta? jika dengan cara itu bagi mereka mendapatkan cinta, tidak bermakna cinta tersebut..seolah-olah kita mencuri secara terang-terangan.

Bila konsep cinta hendak diterokai, langkah yang pertama hendaklah kita tahu setakat mana keihklasan hati kita. Kadang kala manusia nie mengambil pendekatan yang mudah soal keihklasan itu sendiri.. Cinta bermula dari persahabatan tetapi sukar bagi mereka Cinta berakhir dengan persahabatan semula. Dimana letaknya keikhlasan didalam hati?

Langkah yang ke-2 ialah, sabar. untuk mendapat cinta yang sejati iaitu cinta yang lahir dari hati perlu kesabaran yang tinggi.. jika harini kita cuba untuk pikat sigadis tetapi tidak berjaya, jangan kita berputus asa, kerana untuk mendapat keserasian bersama kadang kala mengambil masa yang lama. Jika kita mudah berputus asa, maka niat kita tidak ikhlas utk berdampingan dengan cintanya.. cinta bukan seperti mencari pekerjaan, tetapi cinta perlukan ruang dan masa untuk mencapai keserasian bersama.

Langkah yang ke-3 ialah mengambil berat. Bila seseorang sering bertanya khabar, setitik noda dihati terubat. Manusia ni kadang kala selalu meletakkan ego yang tinggi dibahu mereka. Sebagai contoh anda sering bertanya khabar dan mengambil berat tentang kehidupan si gadis/teruna. tetapi si gadis/teruna tidak menyedari @ ego ,tetapi hakikatnya nilai cinta terpupuk dengan sendirinya dalam sanubari mereka tanpa disedari (kalo sedarpun die wat dekkk jer). Dan jangan diharap ia akan berterus terang dengan kekuatan cinta yang dirasainya.(itu ego namanya) Caranya mudah untuk mengetahui langkah tersebut menjadi ataupun tidak. cuba anda sepikan diri 2 hingga 3 hari. Mesti si dia tertanya-tanya dan ternanti-nanti dimana gerangan anda. Maka disitu tewaslah keegoannya.Tetapi awas, ego yang tinggi susah jgk nak lentur.. hanya perlu teruskan caring mu itu, mungkin cintamu akan terbalas.

Cinta perlukan pengorbanan. pengorbanan yang dimaksudkan adalah dari segi toleransi antara kamu dan si dia. untuk mencapai cinta sejati perlu ada Give and Take.. jangan disebabkan ego semua hendak jadi juara. cinta tidak pernah mengajar pasangan bertelagah cinta juga tidak mengajar erti kemenangan & kekalahan.Tetapi cinta mengajar seseorg hidup lebih matang untuk berfikir akibat pergaduhan sesama sendiri. Campak egomu itu kelaut.Dengan ego terjadinya cerai berai.

Kehidupan cinta seharian dikelilingi masalah dan kesibukan dalam urusan seharian. berilah ruang pada diri untuk mengenali cinta agar Cinta nan sejati kekal abadi untuk selamanya.Cinta bukan lah semudah A,B,C tetapi ia sangat rumit untuk dihayati bagi mendapat ketulusan cinta.



Penulis: Teratakindah
1:40am
7 januari2010