search..

Follower@cinta

Rabu, 29 April 2009

Oh BUNGA.....

Bunga... Ada apa dgn Bunga?? kenapa bunga yg sentiasa dipuja dan disanjung?? Kenapa mesti bunga sebagai pengindah puitis-puitis cinta... Kenapa bunga masih dikaitkan dengan cinta?? Cinta?? Bunga?? Wanita?? Kenapa wanita sering dikaitkan dengan bunga?? adakah raut wajah bak kelopak bunga yang sentiasa menarik minat kumbang2 mendekatinya?? mungkin juga haruman fizikal yang memukau setiap kumbang??

Bunga.... pelbagai warna dan pelbagai bentuk serta perbagai spesis...ada yang wangi dan ada yang busuk..dan ada juga yang tidak berbau tetapi fizikal dan warna yang cantik.. begitu lah wanita diibaratkan.. ada yang cantik, ada yang pelbagai bangsa, warna kulit tetapi masih "bunga" terutama sekali di hati sikumbang.. Bunga yang cantik dan wangi lebih mendapat tarikan si kumbang...begitu lah sinonimnya fizikal dan sifat seorang wanita untuk ditabal sebagai permaisuri dihati si "kumbang".. Bunga yang cantik dan harum mewakili dirinya yang cantik fizikal dan sifatnya... sifatnya yang lemah lembut, bersopan, baik dan sebagainya menjadi pilihan utama si kumbang...

Bunga yang cantik tapi bau yang kurang enak,sama lah seperti mempunyai pancaindera yang menawan tapi sifat yang "kurang enak"... sikumbang mungkin tertipu dengan raut wajahnya yang menawan sehinga terpukau mata yang memandang, jiwa ternoda, jantung berdegup laju bagai pukulan rebana...hanya 1 yang diingat, cinta tanpa batasan tanpa menilai sifat seorang wanita... Sangat rugi wanita golongan ini yang mempunyai raut wajah seperti cenderella tetapi sifat seperti ibu tirinya(Cenderella)....

Bunga yang tidak cantik tetapi harum mewangi samalah seperti, mereka yang kurang dari segi raut wajah tetapi kaya dengan sikapnya yang menjadi idaman setiap kumbang... Lebih baik golongan sebegini daripada memiliki raut wajah yang cantik tetapi sifat yang sangat menghampakan...

Jadilah bunga yang sentiasa harum mewangi... harum lah buat selamanya....

TeratakIndah
(29/04/19' Rabu)
11.30pm

Rabu, 11 Februari 2009

Selamat Ulang Tahun sayang.....

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Selasa, 10 Februari 2009

Cinta Vs Bulan..

Tepat jam 4am (8 feb 09)... aku berbaring di Dataran Setia (SMKGS) sambil disaksikan bulan purnama yang sgt indah menemani tidurku... sebelum mata terpejam aku berfikir, mengapa kita amat memuja keindahan bulan?? sedangkan fizikalnya jauh lebih buruk dari apa yg digambarkan... teringat sepotong lagu nyayian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee "bagai bulan dipagar bintang".. begitu besarnya pengertian suatu rasa cintanya buat kekasihnya... hmm ajaib sungguh... aku cuba berfikir sambil merenung keindahan cahayanya... sungguh indah seperti yg digambarkan..

Ingin ku ibaratkan diri ini seperti bulan..walaupun fizikal yang buruk dan hina tetapi cahayanya mampu memukau setiap mata yang memandang... Cahayanya yang cantik dan indah, ibarat sifatnya.. Berbanding rupanya yang serba kekurangan... Tanpa bulan gelap lah setiap mlm yang mendatang...begitu jua la dgn sifat seorang pencinta terhadap yang dicintainya...tidak pernah membiarkan hati kekasihnya gelap gelita tanpa sebarang cahaya..senantiasa memberi jalan agar hidupnya tidak rebah ditelan arus yang penuh pancaroba... begitu jua dgn yang dicintai, mencintainya dengan sepnuh hati tanpa meletakkan keindahan fizikal (raut wajah) ditempat yg paling utama.. itu lah yang sering kali aku harapkan.. cinta yang meletakkan keindahan paras rupa semata2 tidak menjamin hatinya betul betul ikhlas mencintai kita...ia hanyalah sebagai bonus diberikan agar tidak sombong dgn keindahan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya...

Aku berfikir lagi...mengapa cahayanya tidak secerah matahari?? mungkin sifatnya yang merendah diri mengindahkan lagi dan menenangkan sekian alam... inginku jadi sepertimu bulan!! merendah diri dan sentiasa mendamaikan dua hati ini yg saling mencintai.. merendah diri bukan bermaksud lemah bahkan menunjukkan sifat manusia yang bersyukur dengan kurniaan cinta tanpa mengharap pujian sesiapa..Dengan pujian, hati menjadi sombong, seterusnya menjadi bangga dan akhirnya hilang rasa syukur...bila hilang rasa syukur, tidak mustahil Tuhan tarik kurniaan tersebut bila-bila masa.... nauzubillah...

Aku berfikir lagi...kenapa bulan sentiasa berada diatas?? mungkin tugasnya yang besar memayungi dan menerangi kehidupan malam... begitu jua lah dengan cinta...sentiasa berada diatas agar dapat kita payung dan terangi nilai cinta bersama...sentiasa meletakkan Cinta ditempat yang tinggi agar semua dpt melihat seterusnya akan menjadi ikutan, jika resam Sang Bulan dinilai dgn baik...

Akhirnya...aku lena dibawah terangi cahaya Sang Bulan nan indah......


TeratakIndah
10 feb. 2009
2.00 a.m.

Rabu, 4 Februari 2009

Antara Cinta dan Air Mata..

C.I.N.T.A.... sinonim dgn Air Mata... betul ke?? mungkin kot... Dgn air mata, kite gembira dgn cinta, Dgn air mata, kite sedih d'sbbkn cinta, Dgn air mata jgk kita terharu disebabkan cinta.... Perasaan cinta yang bermula dari mata juga akan berakhir dengan air mata..itu la hebatnya pergertian cinta yang tidak dapat dipisahkan dengan Air Mata.. Air mata juga sebagai titik noktah sesuatu Cinta... Titik Noktah ini, cuma air mata dapat membersihkan dan hilangkan nilai cinta yang dianggap akan pergi selamanya..Kenapa kita cuba untuk menghalang titisan air mata yang hina menitis meratapi sesuatu perpisahan dlm Cinta??Jln pertama kebanyakan org akan pilih, penyelesaian sebuah perpisahan dlm perCinta adalah dgn Air Mata.. Dgn Air Mata jgk kita akan bertemu Cinta yang agung (cinta illahi)... Dengan air mata juga,nilai cinta kepada anak bangsa makin menebal... Hebatkan Air Mata?? Cinta dan Air Mata tidak dapat dipisahkan..

TeratakIndah
4 Feb. 2009

mlm nan indah..

Keindahan mlm ini yang dingin dan tenang membuai tidur yg lena disamping mimpi yg indah..tapi tidak bagiku... mungkinkah ketenangan mlm2 ku telah pudar ditelan prasaan yg sentiasa mengikat hati ini.. Mungkinkah prasaan benci mungkin juga prasaan rindu yg kadang kala bermain dlm fikiran.. Mungkin juga terlalu fikirkan hal sekolah,kerjaya dan sebagainya... huh...hati makin tersentuh tika lagu bertajuk "bicara manis menghiris kalbu" dimainkan... Apakah sisa2 cinta yg lama masih tertinggal dlm benak hati ini..... apakah masih tersimpan cebisan kenangan yg menghantui hidup ini... apakah luka lama meniti masa untuk berdarah kembali... Aku Redha...

TeratakIndah
4.feb.2009,12.47am

Sabtu, 27 Disember 2008

Wanita yang wajib dijauhi lelaki...

1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.

Artikel Cinta ini telah diambil dari Forum Tentang Cinta.

Sabtu, 1 November 2008

Pelangi nan indah...

Angin bertiup tenang tatkala hujan gerimis penuh kesyahduan.Hembusan baju membuatkan aku berfikir sejenak tentang kehidupanku yang kerdil dan jahil sebagai khalifahMu dimuka bumiMu ini..Hembusan angin bayu juga mengigatkan aku tentang perpisahan yang sangat mencengkam hati ini... Kejahilanku menyebabkan 2 cinta terpisah..Tika taman hati ku disinari cahaya pelangi, aku butakan mata kerna yakin cahaya tersebut akan sentiasa bercahaya menyinari taman hatiku.. Tapi hanya untuk seketika..betapa rindunya hati ini... Apakah pemergian pelangi nan indah hanya untuk menguji hati ku?? Apakah ia akan datang lagi untuk menerangi dan menyinari taman hati ni kembali??
Create your own banner at mybannermaker.com!