search..

Follower@cinta

Selasa, 10 Februari 2009

Cinta Vs Bulan..

Tepat jam 4am (8 feb 09)... aku berbaring di Dataran Setia (SMKGS) sambil disaksikan bulan purnama yang sgt indah menemani tidurku... sebelum mata terpejam aku berfikir, mengapa kita amat memuja keindahan bulan?? sedangkan fizikalnya jauh lebih buruk dari apa yg digambarkan... teringat sepotong lagu nyayian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee "bagai bulan dipagar bintang".. begitu besarnya pengertian suatu rasa cintanya buat kekasihnya... hmm ajaib sungguh... aku cuba berfikir sambil merenung keindahan cahayanya... sungguh indah seperti yg digambarkan..

Ingin ku ibaratkan diri ini seperti bulan..walaupun fizikal yang buruk dan hina tetapi cahayanya mampu memukau setiap mata yang memandang... Cahayanya yang cantik dan indah, ibarat sifatnya.. Berbanding rupanya yang serba kekurangan... Tanpa bulan gelap lah setiap mlm yang mendatang...begitu jua la dgn sifat seorang pencinta terhadap yang dicintainya...tidak pernah membiarkan hati kekasihnya gelap gelita tanpa sebarang cahaya..senantiasa memberi jalan agar hidupnya tidak rebah ditelan arus yang penuh pancaroba... begitu jua dgn yang dicintai, mencintainya dengan sepnuh hati tanpa meletakkan keindahan fizikal (raut wajah) ditempat yg paling utama.. itu lah yang sering kali aku harapkan.. cinta yang meletakkan keindahan paras rupa semata2 tidak menjamin hatinya betul betul ikhlas mencintai kita...ia hanyalah sebagai bonus diberikan agar tidak sombong dgn keindahan pancaindera yang dianugerahkan kepadanya...

Aku berfikir lagi...mengapa cahayanya tidak secerah matahari?? mungkin sifatnya yang merendah diri mengindahkan lagi dan menenangkan sekian alam... inginku jadi sepertimu bulan!! merendah diri dan sentiasa mendamaikan dua hati ini yg saling mencintai.. merendah diri bukan bermaksud lemah bahkan menunjukkan sifat manusia yang bersyukur dengan kurniaan cinta tanpa mengharap pujian sesiapa..Dengan pujian, hati menjadi sombong, seterusnya menjadi bangga dan akhirnya hilang rasa syukur...bila hilang rasa syukur, tidak mustahil Tuhan tarik kurniaan tersebut bila-bila masa.... nauzubillah...

Aku berfikir lagi...kenapa bulan sentiasa berada diatas?? mungkin tugasnya yang besar memayungi dan menerangi kehidupan malam... begitu jua lah dengan cinta...sentiasa berada diatas agar dapat kita payung dan terangi nilai cinta bersama...sentiasa meletakkan Cinta ditempat yang tinggi agar semua dpt melihat seterusnya akan menjadi ikutan, jika resam Sang Bulan dinilai dgn baik...

Akhirnya...aku lena dibawah terangi cahaya Sang Bulan nan indah......


TeratakIndah
10 feb. 2009
2.00 a.m.

5 ulasan:

seroja berkata...

sy suka entry ni..
sbb sy pencinta bulan....
bila bersedih...ku pandang bulan...
ternyata hati menjadi tenang...
adakah bulan jua mendengar kata hati ini.....wallahua'lam...=]

Teratakindah berkata...

walau bulan tidak bersuara..tapi cahayanya ttp ingin cuba untuk memujuk hati yang keliru jiwa yang tidak tenang..begitu lah sifat rendah diri bulan yang senantiasa ingin bahagiakan hati siapa yang memandang..setiap ciptaan Tuhan semua ada sebab..Tuhan ciptakan cahaya bulan yg indah untuk manusia bersyukur..

Syahida _Masri berkata...

suke2 entry nih...
reka ke?

Teratakindah berkata...

a'ah reka sendiri..guna akal fikiran utk mentafsir setiap keindahan ciptaan Tuhan....

AdHwA berkata...

cikgu tido kat dataran ker?? leh cayer ker

Create your own banner at mybannermaker.com!